Seramai 265 juta rakyat China dijangka melakukan perjalanan dalam negeri sempena cuti umum Hari Pekerja bermula esok hingga 5 Mei.
Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), angka tersebut menyaksikan lonjakan sebanyak 120.1 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu, menghampiri paras direkodkan pada 2019.